Social Icons

Pages

Featured Posts

Sunday, September 20, 2009

Rendang Itik


Bahan -bahannya :


1 ekor itik kampung
3 biji kelapa (santan)
1 pot lada api (1 pot = 1 genggam dewasa)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 biji kelapa (kerisik)
1/2 inci halia
2 keping asam keping
Garam

Rendang Daging


Bahan-bahan :

1 kg daging lembu /kerbau
4 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis rendang dan giling
10 - 15 tangkai cili kering (digiling)
1 sudu lada hitam direndang dan digiling
10 - 15 ulas bawang merah
1 inci halia
2 biji kelapa (santan)
3 sudu kersik
2 keping asam melaka.


Rendang

Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.

Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.

Selain daging, belalang juga seda dibuat rendang. Biasanya selepas menuai padi, pesawah akan menangkap belalang yang hinggap di batang padi pada waktu malam. Belalang yang sering ditangkap adalah terdiri belalang sawah seperti belalang beras, belalng minyak dan belalang yang boleh dimakan. Rendang belalang dimasak sehingga belalang tersebut rangup atau mersik.


Friday, August 7, 2009

Masakan NS Produk Pelancongan

SEREMBAN 19 Julai - Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri ini kaya dengan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk buah-buahan tempatan yang sewajarnya diperkenalkan kepada pelancong domestik mahupun asing.

"Pengusaha hotel dan resort di negeri ini sepatutnya menghidangkan masakan tradisional yang digemari ramai ini kepada pelancong sebagai mempromosikan makanan yang terkenal dengan keunikan dan eksotiknya.

"Ia boleh diperkenalkan sebagai salah satu sajian utama dalam menu harian di restoran masing-masing agar masakan ini boleh dinikmati ramai dan pada masa sama boleh menarik lebih ramai pelancong ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Pelancaran Pesta Masakan Negeri Sembilan dan Buah-Buahan Tempatan di Klana Resort, di sini malam tadi.

Thursday, August 6, 2009

Resepi Mak

Saya akan turunkan resepi yang diberikan oleh mak saya pada ketika saya berumur 16 tahun.


Gulai Udang Masak Lemak Cili Padi.




Bahan-bahan

1 kilogram Udang Besar
3 ulas Bawang Kecil
3 ulas Bawang Putih
20 biji Cili Api

Kunyit sebesar ibu jari

Garam secukup rasa.
Santan


Cara Membuatnya:

1. Kisar atau tumbuk bawang kecil, bawang putih dan cili api sehingga hancur.

2. Masukkan udang dan bahan-bahan yang telah dikisar. Campur dua cawan air dan garam secukup rasa.

3. Kacau sehingga udang berubah menjadi merah. Masukkan santan.

4. Kacau sehingga masak. Kalau nak masukkan kacang panjang pun boleh.

5. Hidangkan.


*** Tujuan udang dan bahan yang telah dikisarkan dimasukkan sekali adalah untuk membolehkan perisa bahan-bahan terebut menyerap masuk ke dalam udang. Kalau tidak udang akan berasa tawar.



Friday, July 24, 2009

Resepi Luak Lingkungan

MASAK LEMAK UMBUT


Bahan-bahan :-

1 batang Umbut
1 kilo Santan Pekat
3 helai daun kunyit Daun kunyit

Garam secukup rasa



Cara Memasak :-
  • Umbut dibersihkan dan dipotong kecil
  • Rebus umbut sehingga empuk / lembut
  • Masukkan santan dan daun kunyit.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Apabila santan sudah mendidih, angkat dan hidangkan.

P/S : Ianya sedap sekiranya disediakan bersama-sama sambal belacan atau sambal gesek

Thursday, July 23, 2009

Resepi Luak Lingkungan

RENDANG PUCUK PAKU


Bahan-bahan :-

1 kilo Pucuk paku
1/2 kilo Santan kelapa
200 gm Ikan bilis
50 gm Kunyit hidup
2 keping Asam keping

Garam secukupnya



Cara Membuat :-

  • Kunyit ditumbuk lumat atau dikisar halus
  • Santan, kunyit dan ikan bilis digaul sehingga mendidih
  • Bila sudah mendidih, masukkan pucuk paku, asam keping dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga kering.
  • Hidangkan

Resepi Tradisional Luak Lingkungan

Sebelum saya menulis resepi tradisional Luak Lingkungan, saya akan menceritakan serba ringkas mengenai Luak Lingkungan agar kita tahu kenapa ianya digelar sebagai Luak Lingkungan....


Luak Lingkungan merupakan salah satu luak yang terdapat di Seri Menanti. Masyarakat di Luak Lingkungan mengamalkan Adat Lingkungan yang berasaskan Adat Perpatih. Adat Lingkungan diamalkan oleh beberapa suku di kampung-kampung yang terletak di dalam Limgkungan Seri Menanti. Adat ini telah diamalkan sejak zaman berzaman sejak kewujudan Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar. Masyarakat yang mengamalkan Adat Lingkungan juga dikenali sebagai masyarakat 'Air Kaki Yamtuan'.

Kewujudan Adat Lingkungan merupakan salah satu keunikan yang ada di dalam sistem kemasyarakatan Negeri Sembilan di mana masyarakatnya mengamalkan Adat Perpatih. Suku-suku yang terdapat di dalam kawasan Adat Lingkungan ialah Batu Hampar, Tanah Datar, Seri Lemak Pahang, Seri Lemak Minangkabau dan Tiga Batu di mana kelima-lima suku ini dikenali sebagai suku Lingkungan Air Kaki Yamtuan.

Kewujudan masyarakat Adat Lingkungan bermula setelah perkahwinan di antara Raja Melewar dan Cik Puan Seni di mana kempat-empat saudara lelaki Cik Puan Seni telah dilantik sebagai pembesar atau ketua bagi menguruskan segala hal yang berkaitan dengan keluarga diraja serta adat istiadat istana. Oleh yang demikian, wujudlah gelaran Orang Empat Istana yang terdiri daripada Datuk Seri Amar Diraja, Datuk Raja Dewangsa, Datuk Penghulu Dagang dan Datuk Akhir Zaman. Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Raja Dewangsa merupakan pusaka bagi suku Batu Hampar manakala Datuk Penghulu Dagang dan Datuk Akhir Zaman merupakan pusaka suku Tanah Datar.


P/S : Kalau ada yang kurang atau tersilap saya minta maaf.......

 

Sample text

Sample Text

Sample Text